Mansor dan rakan-rakannya belajar di kelas Siber Lima. Mansor tidak suka akan Cikgu Megat kerana sikapnya yang tegas dan garang. Cikgu Megat juga membuat laporan kepada ibu bapanya tentang sikapnya yang suka ponteng sekolah dan enggan membuat kerja sekolah. Hal ini menyebabkan Mansor lari dari rumah bagi mengelakkan dirinya daripada dihukum oleh bapanya. Seterusnya. impiannya untuk mendapatkan guru robot tercapai apabila Cikgu Ro dan Cikgu Bot, iaitu dua robot yang diprogramkan telah menggantikan Cikgu Megat. Sejak Cikgu Ro dan Cikgu Bot mengajar di kelas tersebut, banyak masalah timbul. Bagaimana Mansor dan rakan-rakannya berhadapan dengan robot-robot itu?
No reviews found