[DBP] SIRI KAJIAN TOKOH DAN KARYA PILIHAN NOORDIN HASSAN: JALAN PANJANG TEATER FITRAH [RAK 05]

Write a review
RM25.00
Ask a question
Price in points: 25 points
In stock
+

Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan terkenal dengan gagasan konsep "Teater Fitrah" yang menggariskan beberapa prinsip sebagai manifestasi pengabdian manusia kepada Allah SWT. Walaupun dikatakan drama 1400 sebagai titik tolak gagasan konsep "Teater Fitrah". pencarian Noordin Hassan terhadap sebuah konsep teater moden Melayu-Islam yang autentik bermula sejak tahun 1950-an lagi. Noordin Hassan pada zaman awalnya menghasilkan karya-karya yang berlainan dengan karya sezaman dengannya apabila menerapkan identiti keperibadian Melayu dan kesedaran nasionalisme. Buku ini menghuraikan hubung kait watak-karakter serta matlamat dan kesudahan antara drama-drama karya Noordin Hassan yang melengkapkan satu pusingan fitrah. Juga dimuatkan perjalanan kehidupan beliau yang memainkan peranan penting dalam penghasilan karya-karya bermutu beliau.

No reviews found