Buku ini menghimpunkan kajian terhadap karya-karya Sasterawan Negara Kamaludin bin Muhammad, atau lebih dikenali dengan nama Keris Mas, oleh pengkaji yang terdiri daripada sarjana, cendekiawan dan ilmuan tempatan. Pelbagai teori sastera diaplikasikan oleh pengkaji dalam membincangkan sejumlah karya Keris Mas bagi meneroka daya pemikiran kreatif yang tersurat dan tersirat dalam karya-karya yang dihasilkan.
Hasil kajian yang meliputi pelbagai genre ini menyerlahkan lagi pemikiran dan ketokohan Sasterawan Negara Keris Mas, yang sekali gus dapat dijadikan bahan rujukan sosiobudaya masyarakat negara ini.
No reviews found