Telatah Pak Kadok mengandungi tiga cerita utama berkisar tentang nasib Pak Kadok. Kisah pertama, Pak Kadok pergi menyabung ayam di gelanggang Raja Indera Sari dan ayamnya telah dikalahkan oleh raja. Pak Kadok diketawakan oleh penduduk kampung kerana pakaiannya yang diperbuat daripada kertas telah terkoyak ketika Pak Kadok sedang asyik bersorak. Kisah kedua, Pak Kadok telah dijemput menghadiri dua kenduri dari dua kampung yang berlainan arah. Oleh sebab Pak Kadok tidak berfikir panjang semasa mengharungi sungai, Pak Kadok akhirnya terlepas menjamu di kedua-dua rumah tersebut. Kisah ketiga, Pak Kadok pergi belayar hendak meninggalkan kampung halamannya. Namun, semasa berlayar Pak Kadok tidak pandai melihat arah angin.
No reviews found