Bumi hampir ditelan lohong hitam yang menghampiri. Ancaman demi ancaman akibat gejala lohong hitam mula menyusul. Rayyat Mokhsen berusaha mendapatkan kapal angkasa untuk melarikan diri dari bumi. Latifah bersama-sama ibu bapanya meninggalkan kediaman mereka dan berjaya menaiki pesawat mega yang berusaha mencari landskap selamat bagi menyelamatkan diri. Namun, mereka ditangkap Vorteks yang mencari bahan eksperimen untuk mengkaji perubahan sifat manusia yang masuk ke dalam lohong hitam. Apakah yang berlaku seterusnya? Semuanya terjawab dalam Seputar Gelap Alam.
No reviews found