Buku ini membicarakan teknologi lampau senjata api orang Melayu sejak kurun ke-16 Masihi. Senjata api yang oleh orang Melayu pada zaman lampau menunjukkan bangsa Melayu ialah bangsa yang hebat dan pandai mengadaptasi teknologi untuk kegunaan dalam peperangan bersenjata bagi mempertahankan tanah air.
Bertepatan dengan ilmu bedil Melayu, pendekar tembak Melayu bukan sahaja belajar cara membuat dan mengendalikan senjata api, malah mereka mampu mengadaptasi dan mengolah teknologi senjata api mengikut kebudayaan sendiri.
Buku ini menjadi harapan untuk memperkemas gambaran etnosejarah yang perlu diberikan perhatian secara menyeluruh dalam usaha untuk memahami pemikiran dan ilmu pengetahuan, terutama cara orang Melayu berinteraksi dengan teknologi dan menerimanya dalam pandangan dunia sendiri.
No reviews found