Suatu konflik jiwa yang amat tragis telah diungkapkan dalam novel berunsur sosiobudaya ini. Redang menonjolkan dua watak yang berlainan agama dan budaya tetapi disatukan oleh takdir di bawah satu bumbung perkahwinan. Seorang lelaki Melayu berkahwin dengan seorang gadis berketurunan Orang Asli atas dasar cinta yang amat kukuh. Walaupun mereka dipencilkan oleh masyarakat sedesa, cinta adalah tiang seri yang tidak dapat dipatahkan. Apakah yang terjadi apabila cinta mereka dipisahkan oleh kematian? Dapatkah isteri kedua menerima kehadiran anak tiri yang di dalam tubuhnya mengalir darah keturunan Orang Asli itu? Redang telah mengungkapkan peristiwa demi peristiwa yang mengharukan itu dengan jalinan cerita yang menarik dan segar.
No reviews found