(DBP) RAWATAN DIABETES [RAK 10]

Write a review
RM16.00
Ask a question
Price in points: 16 points
In stock
+

Bayangkan anda bersembang panjang dengan seorang pesakit diabetes. keadaannya amat mendukacitakan. Beliau sudah 20 tahun menghidap diabetes, malangnya tidak terkawal dengan baik. Pelbagai komplikasi telah beliau alami antaranya mata kabur, buah pinggang rosak, kaki kanannya terpaksa dipotong dari bawah lutut setelah beberapa minggu dijangkiti kuman dan yang terbaharu kaki kirinya kerana masalah yang sama. Lebih malang lagi, beliau terpaksa turun naik mahkamah syariah kerana isterinya menuntut cerai, lantaran tidak lagi mampu memberikan nafkah zahir dan batin.

Banyak lagi kisah yang mungkin lebih menyayat hati seorang penghidap diabetes yang kronik. Hakikatnya, penghidap diabetes berdepan pelbagai komplikasi jika diabetesnya tidak terkawal.
Renungkan sejenak tentang masa depan yang bakal dilalui jika diabetes tidak lagi mampu dikawal. Adakah bacaan gula dalam darah sentiasa dibawah kawalan atau sebaliknya? Bagaimana
berdepan dengan keadaan hipoglisemia atau hiperglisemia?
Temui jawapannya di dalam buku ini, agar maklumat yang berguna ini dapat disampaikan kepada orang ramai khususnya
penghidap diabetes.

No reviews found