[DBP] RANAH PERKATAAN - S.NATHESAN [RAK 03]

Write a review
RM22.00
Ask a question
Price in points: 22 points
In stock
+

Ranah Perkataan merupakan buku yang membicarakan beberapa aspek perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu. Kajian terhadap kosa kata dalam bahasa termasuk dalam bidang leksikologi, iaitu subbidang linguistik yang memberikan tumpuan terhadap penggunaan kosa kata dalam bahasa.
Selain menerangkan bidang leksikologi secara umum, buku ini turut membincangkan beberapa aspek yang ada hubung kait dengan kosa kata dalam bahasa Melayu.
Antara aspeknya termasuklah pertalian leksikologi dengan bidang lain, seperti leksikografi, morfologi, perkamusan dan sejarah bahasa, serta sumber perkataan termasuk pembentukan perkataan, kata pinjaman dan kata onomatopeia. Gejala neologisme dalam bahasa, makna perkataan, jenis perkataan, serta penggunaan kosa kata dalam beberapa genre tertentu turut dibincangkan dalam buku ini.
Diharapkan buku pengenalan kepada bidang leksikologi ini dapat memperkenalkan bidang tersebut kepada khalayak pembaca, dan sekaligus mencetuskan minat mereka untuk mendekati bidang yang cukup menarik ini.

No reviews found