Memang dunianya adalah "kembara" sejak kecil. Pada usia sembilan tahun lagi Siti Zainon telah menampakkan keberanian dan keyakinan diri apabila dia bersendirian menaiki kereta api semata untuk mengunjungi ibunya di Kota Bharu. Begitu dia terkesan ketika menyeberangi Banyuwangi untuk ke Pulau Dewata. Seterusnya dia berlegar dari pulau ke pulau. Pengalaman belayar di Laut Baltik menyebabkan dia kembali belayar untuk menyeberang Laut China Selatan pula. Melalui pengalaman belayar ini, dia merakamkan pelbagai khazanah sejarah: melalui tutur ibu, cebisan-cebisan catatan daipada fail ayah, dia cuba membongar rahsia kehidupan sahabatnya.
Daripada pengalaman, pemerhatian dan pergaulannya, maka lahirlah novel Pulau Retnik Ungu ini. Dia nyata tidak pernah lupa apa yang dipelajari daripada Han Suyin, Garing Young, A. Samad Said dan Arena Wati: membuat dia terus berani melayari kembaranya ... kerana baginya ... semua berkumpul dan bersatu menjadi ilmu !
Dan pemgumpul ilmu ini
selalu berasa
"antara realiti dan halusinai"
kenapa dia selalu dibawa
menempuh bungkusan masa lalu
yang pekat dan nikmat ....
No reviews found