[DBP] PERANAN EMOSI DALAM MEMPERTINGKATKAN MOTIVASI ATLET [RAK 16]

Write a review
RM20.00
Ask a question
Price in points: 20 points
In stock
+

Buku ini mengajak pembaca untuk mengetahui jalan penyelesaian dalam menangani masalah emosi yang sering dihadapi oleh atlet dan jurulatih dalam sesuatu pertandingan. Buku ini bukan sahaja dapat membantu pembaca dari segi pengawalan emosi tetapi unsur-unsur bagaimana untuk meningkatkan motivasi dan keyakinan diri mereka dalam menghadapi pertandingan. Faktor-faktor psikologi tersebut adalah untuk membantu atlet untuk bekerja lebih kuat, yakin akan kebolehan diri, tidak gentar menghadapi risiko, dan sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan bermotivasi dalam apa jua tekanan yang dihadapi.
Secara langsungnya, buku ini juga akan banyak memberi sumbangan kepada individu yang meminati bidang sukan, atau individu yang ingin berkecimpung dalam profesion sukan, perguruan, kepegawaian, atau kejurulatihan sukan. Tambahan daripada itu, buku ini juga akan menyentuh bagaimana seseorang jurulatih
boleh mempertingkatkan martabat diri mereka terutamanya dalam menghadapi kerenah kemurungan para atlet
yang tidak menentu. Dengan membaca buku ini, penulis yakin pembaca dapat memahami konsep dan peranan emosi dalam menghadapi suasana dan tekanan latihan dan pertandingan sukan.

No reviews found