Buku ini ditulis untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar y yang mengambil mata pelajaran fizik pada tahun pertama dan diploma di pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia. Masalah masalah yang diselesaikan dalam buku ini adalah masalah masalah yang terdapat di dalam buku Prinsip Asas Fizik. Jilid IV Gelombang, Bunyi dan Optik setiap bab dimulai dengan catatan ringkas tentang masalah yang hendak diselesaikan. Penyelesaian masalah dibantu dengan penggunaan ilustrasi.
Pelajar-pelajar seharusnya memahami teori dan konsep-konsep fizik yang berkaitan sebelum menyelesaikan masalah yang diberi. Dengan cara ini kefahaman tentang sesuatu konsep fizik itu menjadi lebih jelas. Buku ini sesuai dijadikan rujukan utama kepada penuntut fizik dan kejuruteraan di peringkat prauniversiti, diploma, dan tahun pertama universiti.
Penulis buku ini. Yusof Munajat, kini berkhidmat sebagai Pensyarah Fizik di Universiti Teknologi Malaysia.
No reviews found