[DBP] PEDAGANG MELAYU DI SULAWESI SELATAN [RAK 04]

Write a review
RM33.00
Ask a question
Price in points: 33 points
In stock
+

Buku ini membincangkan sejarah masyarakat pedagang Melayu yang telah berhijrah dan menetap di bandar Pelabuhan Makassar dan bermastautin di beberapa wilayah Sulawesi Selatan sejak tahun 1600. Sejarah awal petempatan masyarakat Melayu di Sulawesi Selatan bermula setelah Melaka ditakluki oleh Portugis dan sebahagian para pedagang Melayu telah berhijrah ke beberapa kerajaan tempatan, seperti Siang, Sandrabone, Gowa, dan Tanete. Kerajaan tempatan di Sulawesi Selatan ini menerima kehadiran mereka dan membenarkan mereka menetap di sini.

Hal ini seterusnya memberikan impak yang besar kepada sejarah sosial dan ekonomi serta landskap politik di wilayah ini. Masyarakat Melayu yang berhijrah ini masih meneruskan kemahirannya sebagai pedagang dan sebahagian daripada mereka menjadi pegawai pentadbir seperti syahbandar, guru, jurutulis dan pendakwah serta Pendakwa Raya di mahkamah pentadbiran kolonial Belanda. Hubungan ini terus berlangsung semasa zaman VOC sehingga pemerintahan kolonial Belanda. Komuniti Melayu yang menetap di wilayah ini menjadi sebahagian daripada unsur penting kepada perubahan landskap sosioekonomi dan politik tempatan serta mempunyai impak yang besar dari segi pentadbiran negeri dan kerajaan tempatan. Penulisan ini menggunakan sepenuhnya sumber arkib Belanda dan tempatan serta berjaya membongkar sejarah masyarakat Melayu di wilayah ini. Walaupun bangsawan Sulawesi Selatan sangat menjaga kemurnian keturunannya, tetapi hubungan keakraban yang terjalin lama telah mewujudkan kelompok Melayu-Bugis-Makassar. Bangsawan campuran Melayu-Bugis-Makassar ini juga kemudian telah memainkan peranan penting sebagai pemerintah dan elit baharu serta menguasai jawatan dalam kerajaan yang sebelum ini dikuasai oleh Belanda serta berjaya menyerap ke dalam sistem pentadbiran kolonial Belanda. Oleh itu, kuasa dan identiti mereka telah berubah semasa pentadbiran Belanda yang mengutamakan pendidikan moden sehingga menjadikan mereka elit baharu dalam sejarah Sulawesi Selatan.

No reviews found