Pantun Pak Nazel 2 merupakan kesinambungan daripada kumpulan Pantun Pak Nazel yang telah diterbitkan pada tahun 2010. Kumpulan pantun ini menghimpunkan 1328 pantun hasil karya Nazel Hashim Mohamad yang dibahagikan kepada tujuh tema yang bermula dengan 'Mukadimah', 'Agama, Nasihat, Adat, Filsafat', 'Peribahasa, Kata Hikmat, Puisi Berirama', 'Nasib, Cinta, Rintihan, Rayuan', 'Sindiran, Kiasan, Kritis, Sinis', 'Semangat, Taat, Harmonis', dan 'Umum, Teka-teki, Humor'. Dengan berbekalkan pengalaman hidup yang pelbagai, pengarang berusaha mengangkat pantun sebagai alat ekspresi dalam menjaga dan melestarikan sastera di mata masyarakat, di samping menggunakan semaksimum mungkin unsur alam dalam pantun-pantunnya demi memastikan pantun yang dihasilkan tampak segar, indah dan sempurna ciri-cirinya. |
No reviews found