[DBP] ORANG di JAMBATAN: ANTOLOGI CERPEN ASEAN . Malaysia, Brunei, Filipina, Indonesia, Singapure Thailand [RAK88]

Write a review
RM50.00
Ask a question
Price in points: 50 points
In stock
+

Orang di Jambatan: Antologi Cerpen ASEAN memuatkan cerpen hasil karya 50 penulis dari enam negara ASEAN: Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand. Antara mereka ialah Muslim Burmat, Haji Leman Ahmad, Mussidi dari Negara Brunei Darussalam; Nick Joaquin, Adrian Cristobal, Alfred Yuson dari Filipina: Keris Mas, Arenawati, Abdullah Hussain dari Malaysia; Masuri SN, Arthur Yap, Suratman Markasan dari Singapura: dan Anchen, Ussiri Dhammachote, Sila Komchai dari Thailand.


Cerpen-cerpen ini memaparkan tema yang pelbagai yang menggambarkan wajah masyarakat Asia Tenggara dalam mengharungi pelbagai situasi dan permasalahan hidup seperti cabaran modenisasi dan proses pembangunan, polemik di antara golongan tua dengan golongan muda, konflik nilai kota dan nilai desa, tekanan keadaan politik, fenomena migrasi dan sebagainya. Cerita yang disampaikan secara realistik mempunyai plot yang kemas dan logik, perwatakan yang jelas pegangan moralnya, kesimpulannya yang agak mudah serta mesej yang disampaikan secara didaktik.


Antologi ini sesuai untuk rujukan penulis, pengkaji dan pelajar kesusasteraan, khususnya dalam bidang kesusasteraan bandingan

No reviews found