Buku bergambar Ombak Aceh Tsunami Insani ini diterbitkan untuk menginsafi bencana tsunami 26 Disember 2004 yang mengorbankan kurang lebih suku juta insan di 14 buah negara pesisiran Lautan Hindi.
Buku ini merupakan susulan kepada buku bergambar penulis yang diterbitkan pada tahun 2006 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka berjudul Tsunami... grief beyond tears yang mengandungi 287 gambar foto. Buku Ombak Aceh Tsunami Insani ini pula mengandungi 245 gambar foto termasuk sekitar 87 foto dari buku Tsunami... grief beyond tears.
Kedua-dua buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis bermusafir tujuh kali ke Aceh dari Ogos 1997 hingga November 2019 sebagai ahli akademik, ahli profesional perubatan dalam bidang psikiatri serta
sukarelawan kemanusiaan.
No reviews found