Hanani dan snorkeling tidak dapat dipisahkan.
Bagi Hanani, laut adalah kehidupannya. Semasa sedang bersnokel, Hanani dan rakan-rakannya telah terlihat aktiviti pembuangan sisa toksik dan sampah sarap ke dalam laut. Hanani dan rakan-rakannya juga dengan beraninya telah menyelamatkan nyawa Puan Sarah kerana kapal layarnya mengalami kerosakan dan hampir tenggelam di laut. Walaupun dirinya punya banyak masalah disebabkan Tuan Aboi yang digelarnya lelaki bergigi emas nan sebatang, namun, bagi memastikan laut tidak dicemari dengan sisa toksik, timbul semangat yang membara dalam diri Hanani untuk merancang aktiviti pemeliharaan alam sekitar. Hanani dan rakan-rakannya juga telah melaporkan aktiviti durjana para penjenayah kepada pihak
berkuasa yang menyebabkan mereka diberkas.
Siapakah Tuan Abol sebenarnya dan mengapakah kehadirannya membuatkan Hanani berasa tidak tenteram?
No reviews found