Novel ketiga dalam siri Saga Artakusiad, sambungan daripada kisah fantasi yang telah dipaparkan dalam novel Kota Arialun. Permata Aurorius masih belum ditemui. Kehilangan Nazril masih menjadi satu misteri. Merkia sudah lama tidak muncul. Saat kemusnahan alam seperti yang termaktub dalam kitab-kitab Id semakin hampir. Herakos dan Morrok semakin ganas setelah mereka tewas dalam pertempuran di Kolossus dan Arialun. Artakus gementar bila memikirkan soal itu. Bila saat kemusnahan alam tiba, Arasis dan Orsia bertemu di Lapangan Iskariot. Artakus yang telah terpedaya menyaksikan pertemuan itu telah dicabar oelh Herakos, namun setiap percubaan Herakos uantuk mempengaruhinya dapat dihindari. Akhirnya kemusnahan alam itu tidak berlaku. Merkia muncul membawa berita yang menggerunkan, kekuatan Herakos telah bertambah. Dia mengarahkan Artakus menyegerakan penyatuan kaum Aurora. Tugas itu menjadi rumit bila ketua puak Argida yang datang ke Arialun untuk berdamai dengan puak Armorikus menyangsikan kesahihan Artakus. Berita tentang puak Jegadai yang telah bertemu dengan satu lagi Artakus tambah mengeruhkan suasana. Bagi mengembleng tenaga menentang Morrok dan menyelesaikan masalah kembar Artakus, satu pertemuan ketua-ketua puak kaum Aurora telah diadakan di satu tempat bernama Olai Tannon. Dalam pertemuan ini ketua puak Jendai tidak hadir. Salah seorang daripada Artakus itu pula telah tebunuh. Bagaimanakah nasib Artakus dan kaumnya? Dapatkan novel yang hebat ini.
No reviews found