Mengisahkan kesinambungan perjuangan Artakus dalam menentang tentera Morrok. Dalam tempoh bertenang, Artakus telah menyelami beberapa memori Lodra Merah dan Keodrai. Keistimewaan ini menjadikan Artakus seorang panglima yang berketerampilan dalam mendepani musuh. Sama ada kawan atau lawan, Artakus tetap dihormati kerana keperibadiannya. Keberanian Artakus juga mendapat perhatian Laira yang akhirnya turut serta dalam peperangan.
No reviews found