Tewfik Al-Hakim merupakan dramatis yang terkemuka, bukan sahaja di Mesir malah di seluruh Dunia Arab. Sebuah teater di Kaherah telah pun dinamakan sempena namanya. Beliau telah menghasilkan kira-kira 70 buah drama, dan ada anta-ranya yang diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa Eropah.
Dalam koleksi ini terdapat empat buah drama oleh Tewfik yang dianggap peneroka penulisan drama Arab yang tiada tolok bandingnya. Tema dan gaya penulisannya berbagai-bagai. Ceritanya pula meli-puti suasana romantik Seribu Satu Malam hinggalah ke komedi harian dan melodrama yang mengingat-kan kita kepada drama terma oleh Lorca dan teater absurd.
No reviews found