Komik ini dihasilkan dengan menggunakan analogi dalam
kehidupan harian untuk menghubungkaitkan satu kaedah pemisahan kimia yang melibatkan unsur kromatografi bagi
menentukan kehadiran sesuatu analit. Kaedah ini merupakan konsep asas yang perlu dipelajari oleh pelajar yang mengambil bidang sains kimia pada peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mahupun diploma dan ijazah sarjana muda di universiti awam dan swasta. Komik ini memberikan tumpuan kepada terminologi, definisi, metodologi dan perkara asas supaya pembaca
sasaran memahami konsep asas kaedah pemisahan kimia dan kaedah kromatografi. Analogi yang digunakan dalam komik ini sangat mudah difahami kerana berdasarkan situasi harian, iaitu di pusat beli-belah, di kawasan sekolah dan di lebuh raya.
No reviews found