Memuatkan 12 buah cerpen karya Lai Choy yang mengetengahkan pelbagai ragam kehidupan manusia dalam masyarakat majmuk Malaysia, terutamanya gejolak dalam masyarakat Cina dan hubungannya dengan masyarakat Melayu dan India. Keupayaan pengarang memberikan warna terhadap perwatakan, teknik, dan plot yang menarik terlihat melalui persoalan politik/ pilihan raya, perjuangan gerakan komunis yang gagal, kemelesetan ekonomi, kegigih an keluarga mendidik anak hingga berjaya dalam pendidikan, kemiskinan dan lintah darat, moral dan krisis nilai serta pengor banan dan cinta palsu. Dari segi pemikiran. antologi ini menemukan banyak penge tahuan dan heberapa idea bernas dalam budaya masyarakat Cina; sekali gus memberikan sumbangan intelektual yang bernilai kepada pembaca kesusasteraan Malaysia.
No reviews found