Novel ini mengisahkan perjuangan hidup Juman dalam mempertahankan ladang dan kilang pemprosesan minyak gaharu yang diusahakannya bersama-sama rakan kongsi. Melalui TV dan media massa, dikhabarkan taufan bakal melanda pesisir pantai Sabah dan tempiasnya akan memberikan kesan hingga ke lembah Kawadangan, iaitu tapak projek gaharu Juman. Selain cabaran alam, Juman juga berhadapan dengan tentangan daripada Aki, datuknya sendiri yang merupakan seorang penanam padi huma yang tegar dan berpemikiran agak kolot. Akhirnya, Juman dan rakan kongsinya berhadapan dengan saat-saat genting apabila air sungai melimpah dan menenggelamkan kawasan kaki bukit. Apa kesan semua itu kepada Juman, Aki dan penduduk kampung? Semuanya terungkap dalam Memintas Bayang Malam.
No reviews found