Malaysia Milik Kita menceritakan tentang Ghazali Shafie, seorang negarawan dan ahli politik yang pernah berkhidmat pada era Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak sejak sebelum merdeka Watak Ghazali Shafie diangkat sebagai wira politik yang menjadi pembantu kepada pemimpin atasan. Ghazali Shafie mempunyai wawasan untuk melihat orang Melayu menerajui bumi Tanah Melayu. tanpa meminta pandangan Residen Ingeeris atau sesiapa sahaja orang luar yang tidak pulus putus menjajah dan menjarah. Ketokohan Ghazali Shafie dalam novel ini dapat menanam semangat nasionalisme dan patriotisme yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Semangat nasionalisme dan patriotisme menjadi tonggak utama bagi naratif yang berdasarkan sejarah. |
No reviews found