Koleksi makalah yang berharga ini sangat menarik dan mudah dibaca. Buku Makyung: Pelbagai Perspektif tentang Teater Tradisional Malaysia menampilkan beberapa aspek makyung yang semakin pupus dan dipinggirkan di Malaysia. Buku ini sangat berguna dan berharga serta boleh dijadikan rujukan olch penggiat kebudayaan, pelakon, guru teater, peminat warisan budaya dan para pelajar.
Secara intelektual dikemukakan pandangan yang luas tentang teater makyung dalam era digital yang mencabar ini. Buku ini bukan sahaja mendidik, malah membuka minda pembaca tentang pelestarian warisan budaya dan kepentingan pendokumentasiannya serta pengenalan seni artifak budaya Malaysia. Secara tidak langsung, buku ini mampu menarik pembaca supaya mengenali semula seni teater tradisi Malaysia.
Paparan bahan disusun dengan teliti dalam persembahan teater makyung dilihat olch pelbagai eien yang menghubungkan amalan teater, organisasi dan kepimpinan dengan inisiatif sosiopolitik yang lebih meluas, Scharusnya, buku ini perlu menjadi tcks wajib dalam senarai bacaan tentang teater di Malaysia. Masih wujud sekelumit harapan, agar seni ini dapat dilestarikan tetapi sebelum itu, pembaca perlu tertarik dengan makyung sebagai khazanah seni drama tari yang perlu dilestarikan supaya dapat diturunkan kepada generasi akan datang,
No reviews found