[DBP] LAMBAIAN MENARA GADING : RANJAU WANITA MEMBURU IJAZAH (RAK 12)

Write a review
RM22.00
Ask a question
Price in points: 22 points
In stock
+

Buku ini menghimpunkan 10 buah kisah daripada 10 orang wanita yang berhempas pulas menempuh pelbagai cabaran dan dugaan dalam melaksanakan amanah pengajian tinggi masing-masing. Perjalanan hidup seseorang adalah
berbeza-beza; bentuk cabaran juga berlainan. Sepuluh kisah yang dipaparkan mempunyai auranya tersendiri. Keunikan penceritaannya adalah pada kepelbagaian pengucapannya, manakala persamaannya pula adalah pada pokok perbicaraan, iaitu tentang perjalanan menuju dunia akademia yang mencabar dan natijahnya dalam bentuk segulung ijazah.
Untuk mencapai kejayaan bukan suatu perkara yang mudah. Pada anak-anak muda yang buntu lantaran dugaan dan masalah yang dihadapi cuba renungkan dan manfaatkan berjaya. Pengalaman mereka merupakan sebahagian rencah
kehidupan yang jika tidak ditangani dengan semangat yang kuat akan hancur berkecai di tengah perjalanan. Sisipan kisah ini diharap dapat dikongsi bersama-sama dan menjadi inspirasi dan contoh tauladan kepada khalayak, khususnya kaum wanita. Semoga kisah-kisah ini juga berupaya menyuntik semangat juang kaum wanita, khususnya yang berhasrat menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tenaga wanita masih diperlukan elch negara sehagai suatu kelangsungan perjuangan dalam memakmurkan ilmu dan kesejahteraan hidup.

No reviews found