Belajar Jadi Atuk dan Wan adalah sebuah kumpulan puisi terbaru karya Muhammad Haji Salleh yang mencatat pengalaman beliau bergelar datuk semenjak tahun 2012 dengan kehadiran beberapa orang cucu dalam hidupnya. Sajak-sajak ini ialah catatan pengalaman penulis yang sangat bermakna, sering lucu, aneh dan sesekali mencapai taraf ajaib pula. Kehadiran empat orang cucu; Aleph, Iskandar, Adira dan Imran menjadi sumber inspirasi buat penulis. Bermula dengan puisi tentang pengalaman pertama kali menerima cucu, puisi-puisi berikut menceritakan gelagat dan ragam cucu-cucu yang ditulis sejak tahun 2012 hingga 2020. Semua kenangan penulis dengan cucu-cucu ini; bermain air, mandi di kolam plastik, sambutan hari lahir, bermain dengan angka, membaca bersama-sama, suatu kenangan yang tidak dapat dinikmati oleh semua orang. Belajar Jadi Atuk dan Wan, rakaman perasaan datuk dan nenek yang pertama kali diterbitkan.
No reviews found