Kumpulan cerpen Tanah Emas ini menghimpunkan 14 buah cerpen yang sebahagiannya pernah memenangi peraduan menulis karya kreatif anjuran ESSO-GAPENA dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak. Persoalan yang diangkat dalam kumpulan cerpen ini menjurus kepada prinsip hidup, kekuatan emosi dan spiritual manusia, dan semangat patriotisme yang menentukan kejayaan seseorang di dalam kehidupan. Latar cerita yang kebanyakannya di luar negara di samping penerapan bidang sains dan teknologi mengundang satu pengalaman yang menarik kepada pembaca.
No reviews found