(DBP) KUMPULAN CERPEN REMAJA: SUP MELETUP - NURIMAS SN [RAK06]

Write a review
RM18.00
Ask a question
Price in points: 18 points
In stock
+

Kumpulan cerpen ini mengandungi 17 buah cerpen yang digarap dengan pelbagai tema dan persoalan. Sup Meletup terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama yang lebih berfokus kepada perjalanan awal remaja dalam mendepani krisis dalam kehidupan dan bahagian kedua berfokuskan kepada perjalanan akhir remaja yang pastinya lebih mencabar kerana semakin mendekati dunia kedewasaan. Antaranya, cerpen "Gelora di Muara", mengisahkan Kassim yang merupakan anak angkat tunggal kepada Datuk Ilham dan Datin Merry. Pada usia yang sangat muda, Kassim berdepan dengan pergolakan keluarga yang akhirnya mendatangkan mudarat kepada dirinya. Natijahnya, 17 buah cerpen dalam buku in memberi takrifan kepada alam remaja yang rencam dan rapuh serta mudah pecah apabila emosi disanggah. Oleh itu, segala-galanya perlu ditangani dengan penuh hemah dan berhikmah.

No reviews found