Kumpulan cerpen ini mengandungi 21 buah cerpen Jaya Ramba yang pernah disiarkan dalam media massa tanah air. Jaya Ramba dikenali dengan karya-karya yang kebanyakannya berkisar tentang masyarkat peribumi di Sarawak. Menerusi cerpen-cerpennya, pangarang sangat konsisten dalam menggambarkan budaya dan adat resam masyarakat peribumi Sarawak yang sarat dengan semangat nasionalisme, legenda, mitos, dan pertentangan nilai antara akar budaya tradisi dan konflik yang dicetuskan oleh pengaruh modenisasi tanpa menimbulkan sebarang prejudis terhadap kaum lain. Raja Tawanan membawa khalayak menghayati kehidupan dan masyarakat Iban yang jarang diketengahkan sebelum ini.
No reviews found