[DBP] KUMPULAN CERITA RAKYAT SARAWAK : NARIAK DAN PUTERI KAYANGAN (RAK 18)

Write a review
RM18.00
Ask a question
Price in points: 18 points
In stock
+

Negeri Sarawak mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dan suku kaum - Iban, Cina, Melayu, Bidayuh, Melanau, Kedayan, Orang Ulu, dan sebagainya - yang masing-masing mempunyai warisan budaya dan tradisi lisan sendiri. Kumpulan cerita rakyat Sarawak "Nariak dan Puteri Kayangan" ini menghimpunkan 18 buah cerita rakyat orang Punan yang tergolong dalam kumpulan Orang Ulu. Cerita-ceritanya terdiri daripada cerita asal usul, lipur lara, dan cerita jenaka yang berunsurkan pengajaran dan nasihat. Antara cerita yang dipaparkan ialah "Batu Sebungan", "Suwau dan Akek Kurut", "Kasau dan Dayang Menterik", "Inan Benyai Menjadi Ular", dan banyak lagi. Cerita rakyat dapat diertikan sebagai ekspresi budaya sesuatu masyarakat melalui bahasa tutur yang berhubung langsung dengan pelbagai aspek budaya, seperti agama dan kepercayaan, undang-undang, kegiatan ekonomi, sistem kekeluargaan, dan susunan nilai sosial masyarakat tersebut. Sewajarnyalah cerita rakyat ini disebar dalam kalangan masyarakat kerana ia mengandungi ajaran budi pekerti, pendidikan moral, juga hiburan.


142 pages, Paperback

No reviews found