[DBP] KOTA ARIALUN - AHMAD PATRIA ABDULLAH (BIRU) [RAK 12]

Write a review
RM15.80
Ask a question
Price in points: 16 points
In stock
+

Setelah berjaya menewaskan Gargola di Kota Arialun dan merampas Permata Aurorius, Artakus kembali ke Genting Kolossus. Tetapi pada hari-hari berikutnya gerak-geri Artakus sentiasa dibayangi oleh Isytarrok.

Hamba Herakos ini diperintah merampas kembali permata tersebut. Untuk menghalang niat Herakos itu, Artakus dan Nazril telah pergi ke Banjaran Gunung Nakassos. Mereka bercadang membuang permata itu ke dalam gaung Hangarang di dunia Undewel. Tetapi mereka diserang oleh Qrokul, yisykrak merah dari Morrok di pintu Gua Sarngan. Qrokul merampas permata itu, Nazril ghaib entah ke mana.
Artakus yang terselamat kembali ke Kolossus dan merangka strategi untuk menghalang usaha Herakos mempercepatkan kemusnahan alam. Berserta tiga ratus tentera berkuda, Artakus menuju ke Kota Arialun untuke merampas kota itu daripada Morrok. Mayat-mayat tentera Morrok yang bergantungan di tembok kota menyambut ketibaan mereka. Apakah yang telah terjadi? Dapatkah niat jahat Herakos itu dihalang? Berjayakah Artakus kembali ke dunia asalnya?

No reviews found