[DBP] KOLEKSI KARYA ATONDRA [RAK 09]

Write a review
RM40.00
Ask a question
Price in points: 40 points
In stock
+

Mohd. Nordin Abdul Rahman (Atondra) aktif berkarya sejak tahun 1950-an hingga 1990-an dalam bidang cerpen, sajak, drama dan rencana. Sumbangannya yang konsisten pada ketika itu dalam membimbing penulis muda terbukti dengan keaktifannya melibatkan diri secara langsung dalam bengkel-bengkel penulisan kreatif anjuran Persatuan Penulis dan Kebajikan
Selangor (KEMUDI), PENA, Akademi Seni Kebangsaan (ASK) dan sebagainya.
Keaktifan dalam persatuan penulis dan tuganya sebagai guru, wartawan, pegawai penerangan, setiausaha akhbar kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan penyunting skip di badan penyiaran tidak melunturkan minatnya untuk terus menghasilkan pelbagai karya kreatif dan deskriptif yang terus-terusan menghujani meja-meja editor dan penerbit di Malaysia untuk menyuburkan minda bangsanya.
Ketokohan penulis yang aktif berkarya sejak tahun 1950-an ini serta sumbangannya dalam dunia sastera tanah air wajar dihargai dengan penerbitan semula karya beliau. Buku ini memuatkan tiga genre nukilan beliau, iaitu puisi. cerpen dan drama. Karya beliau dianggap dokumentasi sosial yang berguna kerana gambaran dan paparan masyarakat Melayu yang hidup pada zaman penjajahan dapat merangsang kesedaran generasi masa ini.

No reviews found