Istimewanya Khazanah Pantun Melayu Riau yang menghimpunkan sebanyak 3608 rangkap pantun ini kerana setiap rangkap pantunnya bukanlah ulangan rangkap pantun yang telah tersebar luas dan dikenali umum. Himpunan pantun dalam Khazanah Pantun Melayu Riau ini juga memancarkan estetika bahasa Melayu Riau sebagai medium pengucapan dalam konvensi pantun. Peranannya sebagai media dalam menyampaikan tunjuk ajar yang sarat berisi pesan moral kepada masyarakat, dengan nilai-nilai luhur agama, budaya dan norma-norma sosial turut dipaparkan.
No reviews found