[DBP] KESAN PENDUDUKAN PERANCIS TERHADAP MESIR [RAK 16]

Write a review
RM23.00
Ask a question
Price in points: 23 points
In stock
+

Mesir atau kini Republik Arab Mesir (Jumhuriyah Misr al-'Arabiyah) merupakan sebuah negara yang sejak dahulu lagi memang terkenal dengan sejarah tamadun umat manusia pada zaman kuno, iaitu zaman pemerintahan Firaun, Greek dan Rom. Kemudian iikuti zaman Islam yang diterajui oleh beberapa kerajaan bermula dengan zaman Khulafa al-Rashidin, zaman kerajaan Umaiyah, 'Abbasiyah, Tulun, Ikhsyid, Fatimiyah, Ayyubiyah, Mamluk dan 'Uthmaniyah sehinggalah Mesir dijajah oleh Eropah, iaitu Perancis dan British

Penguasaan Mesir oleh banyak kuasa telah menjadikan negara tersebut sebagai sebuah negara yang kaya dengan sejarah dan kisah yang menarik untuk diteroka. Perancis ialah kuasa Eropah terawal yang menduduki Mesir selepas berlaku kelemahan dalam pemerintahan Dawlah 'Uthmaniyah di Mesir pada penghujung abad ke-18M. Pendudukan Perancis berlaku dalam tempoh lebih kurang tiga tahun. iaitu dari tahun 1798M hingga 1801M. Walaupun dalam tempoh tiga tahun, pendudukan tersebut meninggalkan kesan yang mendalam terhadap rakyat Mesir kedaulatan Dawlah 'Uthmaniyah. Buku ini mengetengahkan kesan-kesan pendudukan kuasa tersebut yang boleh dilihat dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

No reviews found