[DBP] KEMURUNGAN MENGANCAM KEHIDUPAN - AFFIZAL AHMAD [RAK 03]

Write a review
RM24.00
Ask a question
Price in points: 24 points
In stock
+

Kes bunuh diri atau membunuh mangsa yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat sering berlaku dan tersiar di dada akhbar. Sudah semestinya pelaku yang membuat onar, iaitu pesakit yang mengalami kemurungan major bertindak di luar batas kewarasan fikiran. Kemurungan ialah satu daripada penyakit psikiatri yang menjadi penyakit yang utama di dunia. Penyakit ini sering mengganggu fungsi manusia serta sosioekonomi sesebuah negara. Kemurungan dijangka menjadi penyebab nombor dua dari segi morbiditi di dunia pada tahun 2020.

Pelbagai emosi yang bercelaru di samping faktor persekitaran yang sering memandang serong akan pesakit yang mengalami kemurungan memburukkan lagi keadaan. Malahan, lebih parah lagi pesakit murung kerap berhasrat untuk membunuh diri, ada yang betul-betul melakukannya. Tiada faktor khusus yang menjadi penyebab kepada kecelaruan kemurungan. Masalah ini berlaku berpunca daripada gangguan faktor genetik, faktor fisiologi dan faktor persekitaran.

Rawatan psikiatri yang komprehensif dan terapi psikologi harus diberikan kepada pesakit untuk meningkatkan peluang pemulihan agar pesakit dapat menjalani kehidupan yang normal dan berkualiti. Pembangunan jasmani dan rohani yang seimbang amat penting demi kesihatan dan kesejahteraan manusia secara holistik.

No reviews found