ISTERI mengemukakan beberapa watak yang sentiasa memburu kepuasan hidup tetapi pemburuan yang tidak berhujung ini kadangkala memerangkap diri mereka sendiri. Inilah falsafah yang cuba ditonjolkan oleh penulisnya, Rosmini Shaari, seorang penulis wanita yang banyak mengumpul pengalaman dan pengamatan. Sofia, watak seorang isteri yang terpaksa memendam luka di hati kerana dihantui oleh sikap petualang suaminya. Berjayakah Sofia merebut kembali kasih suami yang dicintainya itu?
ISTERI bergelut dengan kisah cinta tiga segi yang tragis, penuh keharuan dan kelukaan yang menagih simpati para pembaca. Ia menggambarkan kehidupan manusia secara universal yang sering terjadi di mana-mana. Kebahagiaan tidak mudah tercapai tanpa dugaan dan pengalamanlah yang akan mematangkan manusia untuk mencari jalan penyelesaian.
No reviews found