Hikayat Neogenesis karya Rahmat Haroun merupakan novel fiksyen sains yang menggabungkan unsur-unsur sains dan epistemologi Islam tentang kewujudan alam dan manusia pertama. Genesis manusia dan alam telah menghantui peradaban sejak manusia menyoal diri tentang kewujudan mereka, lalu secara kreatif, hipotesis mengandaikan hubungan kehidupan di langit dan bumi dengan mencipta kepercayaan; tuhan dan tuhanita, dewa dan dewi dan manusia suci di bumi (demigods), yang mampu berhubung langsung dengan penghuni mulia di langit selestial.
Dengan kepercayaan yang ditanam dalam minda manusia purbakala yang mampu membina tamadun mereka dalam pelbagai bidang, membangun infrastruktur, bertani-ternakan, sains ketenteraan, sistem kenegaraan dan ekonomi yang berkisar akan tuhan-tuhanita, menciptakan manusia pemikir yang lalu menciptakan kepercayaan yang bertukar menjadi agama.
Dengan berbekalkan pendedahan akademik sosiospirtual daripada penceramah-penceramah yang berbeza-beza latar belakang dalam siri latihan DBP, Rahmat Haroun mengambil kesempatan menerusi novel ini untuk menggabungkan pemerian wacana sains dengan nuansa agama-kepercayaan lampau (sebahagiannya sudah mati dan sebahagiannya masih mengamalkannya hingga kini) dengan evolusi tertinggi dalam pembentukan agama atau dengan kata lain, penurunan agama Ilahi.
Seorang penceramah bukan Islam telah memberikan pencerahan mengenai dunianya yang beliau sebut sebagai “Kafirdom.” Dunia kini empat per enam didominasi oleh Kafirdom yang menguasai dunia dan mencorakkan tamadun mendatang. Sayang sekali, dunia Islam berpecah dan menjadi boneka dan patung wayang daripada dalang Kafirdom yang cuba diketengahkan oleh salah seorang penceramah pada bengkel tersebut.
No reviews found