Demi meneruskan kelangsungan hidup, dia berusaha mencari pekerjaan yang sesuai dengannya, di samping meneruskan pelajaran. Namun laluannya agak sukar dibandingkan dengan kawan-kawannya. Sentiasa ada cabaran merentangi perjalanan hingga memaksanya mengalah pada keadaan. Akhirnya, dia memilih untuk menjadi wartawan. Malangnya, itu juga tidak mudah. Dugaan yang datang ternyata lebih hebat. Hasad dengki yang ditabur telah mengheretnya hingga ke balai polis. Akan tetapi, dilepaskan kerana dia tidak bersalah.
Bertemu dengan bayi berbangsa Cina yang ditinggalkan di atas tangga ketika rusuhan pada 13 Mei 1969, hidupnya mula berubah. Berpindah dari satu tempat ke satu tempat bagaikan rutin baginya. Kerenah jiran tetangga yang pelbagai pula benar-benar menguji ketabahan dan kesabarannya. Dan, kemunculan orang tua kandung Meiyang setelah lama masa berlalu, itulah dugaan yang paling besar dalam hidupnya. Tuntutan mereka, menggusarkannya kerana anak itu terlalu disayangi.
No reviews found