[DBP] GURUH by Othman Puteh [RAK88]

Write a review
RM24.00
Ask a question
Price in points: 24 points
In stock
+

Antologi cerpen yang menampilkan pelbagai fenomena kehidupan insan yang merentasi waktu, sejak era sebelum Perang Dunia Kedua hingga ke akhir abad ke-20.


Antologi yang menghimpunkan karya daripada 20 orang penulis ini sekali gus mengemukakan beberapa orang pengarang yang komited dalam arus perkembangan genre cerpen dengan memberikan tanggapan tafsiran terhadap realiti objektif yang wujud dalam era tertentu.


Pada keseluruhannya gambaran yang menyeluruh tentang pelbagai gagasan dengan variasi teknik bagi memungkinkan khalayak mengapresiasinya dengan berbagai-bagai kaedah, sesuai dengan perubahan waktu dan persiapan diri.


Penyelenggara antologi ini, Prof. Madya Dr. Othman Puteh merupakan pendidik kesusasteraan di samping sebagai penulis sastera kreatif, pengkaji kesusasteraan dan pengkritik karya sastera. Buku beliau yang terkini di pasaran ialah Penulisan Cerpen: Visi dan Langgam (DBP, 1993), Langgam Penceritaan Cerpen Melayu (Fajar Bakti Press, 1994) dan Pengisian Dunia Sastera (DBР, 1995).

No reviews found