Buku ini bertujuan untuk mengisi kekurangan penulisan tentang kesusasteraan pascakolonial ini dengan melihat cerpen-cerpen dan novel pascakolonial karya dua orang pengarang, iaitu Keris Mas (Malaysia) dan Mochtar Lubis (Indonesia). Terdapat beberapa rasional pemilihan kedua-dua tokoh ini, namun yang utamanya ialah mereka berminat terhadap politik. Oleh itu, penglibatan kedua-dua pengarang ini dalam politik dan penghasilan karya yang berkaitan dengannya telah mempengaruhi dan menyumbang kepada penciptaan karya-karya kreatif yang mendukung wacana pascakolonial ini.
Semoga buku ini dapat dimanfaatkan untuk kajian kesusasteraan pascakolonial yang lain secara lebih tuntas lagi.
No reviews found