Evolusi Parlimen Dan Evolusi Speaker Parlimen Malaysia tulisan Wan Junaidi Tuanku Jaafar cuba memberi gambaran yang lebih luas berhubung dengan detik sejarah penubuhan Dewan Rakyat dan evolusinya. Parlimen ialah lambang dan tempat bermulanya amalan demokrasi sesebuah negara. Begitu juga di negara kita Malaysia. Bermula dari tahun 1909 sebagai Federal Council atau Majlis Persekutuan yang berfungsi sebagai penasihat kepada Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Parlimen kita telah bertukar menjadi Parlimen yang mempunyai dua Majlis pada tahun 1959 hingga sekarang. Buku ini meniti detik sejarah perubahan keahlian Majlis Persekutuan daripada 11 orang ahli, termasuk Sultan-Sultan dari empat buah Negeri Melayu Bersekutu hingga wujudnya Parlimen dengan dua Majlis yang kini mempunyai 222 orang ahli di Dewan Rakyat dan 70 orang ahli di Dewan Negara. Edisi kedua ini banyak berkisar tentang penubuhan Parlimen Dwidewan dan penubuhan Dewan Negara yang sekarang mempunyai 70 orang ahli yang dilantik dari negeri-negeri dan yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
No reviews found