Sewaktu tanah air dalam zaman penjajahan Jepun, Gaffar memilih untuk menjadi seorang gerila. Sewaktu negara telah mencapai kemerdekaan, Gaffar menjadi seorang peneroka FELDA di Pahang dan berjaya mendidik dua orang puterinya -Maisarah dan Masitah
- sehingga menjawat jawatan penting dalam pekerjaan masing-masing. Sewaktu Maisarah meninggalkan kehidupan kota dan kembali untuk menetap di FELDA dengan cita-citanya menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam bidang penternakan kambing dan sekali gus untuk memajukan kehidupan masyarakat FELDA, Gaffar tidak membantahnya. Sewaktu Gaffar menge-tahui bahawa Masitah yang bertugas sebagai seorang doktor bercinta dengan rakan setugasnya, seorang pemuda Cina, Gaffar juga tidak membantahnya. Akan tetapi, apabila Gaffar mengetahui dan melihat seorang pemuda Jepun datang ke rumahnya untuk mencari Maisarah, Gaffar menunjukkan sikap dinginnya. Mungkinkah Gaffar bersifat pilih kasih dalam menyayangi kedua-dua orang puterinya itu atau ingatan dan kenangannya pada suatu zaman yang menderitakan hidupnya menjadikan dia bersikap dingin terhadap pemuda negara Matahari Terbit itu?
Konflik inilah antaranya yang menjadi jalinan cerita dalam novel Episod Cinta di Tanah Hijrah.
No reviews found