Pengalaman sastera dan kesarjanaan membawa beliau mengajar dan melawat banyak negara: Asia, Eropah, Amerika, Australia serta Polinesia. Karya-karya Muhammad sering memperkenalkan sudut dan daerah baharu dalam kesusasteraan dunia. Kini, beliau sedang menyiapkan buku-buku puisi, terjemahan sastera lama, alih aksara Hikayat Hang Tuah (manuskrip tertua), dan menyusun antologi sastera lama Melayu dalam terjemahan Inggeris. Sementara itu, beliau juga sedang menulis autobiografinya.
Esei-esei dalam buku ini yang pernah terbit dalam ruangan "Selingkar Bundaran Kata" dan "Sastera Antarabangsa", cuba mengutip pemikiran dan imaginasi pengarang-pengarang tersohor dari lima buah benua, untuk dikongsi dengan semua pembaca.
No reviews found