[DBP] DRAMA MELAYU TRADISIONAL, MODEN DAN PASCAMODEN [RAK88]

Write a review
RM45.00
Ask a question
Price in points: 45 points
In stock
+

Buku ini menghimpunkan 25 tajuk yang membincangkan tentang drama Melayu sejak pertumbuhannya pada zaman tradisional kemudian mengalami perkembangan seterusnya pada zaman moden dan perubahan demi perubahan pada zaman pascamoden. Dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A: Tradisi dan Sejarah, Baha gian B: Penerokaan dan Pembaharuan, dan Bahagian C Kekuatan dan Keunggulan. Dalam Bahagian A buku ini membincangkan aspek pertumbuhan dan pengasasan drama Melayu pada peringkat tradisional dan moden. Sementara dalam Bahagian B memfokuskan kepada perkembangan dan penemuan baru dalam penciptaan seperti avant-garde, aliran dan pendidikan drama. Baha-gian C pula memberi tumpuan kepada aspek pencapaian dan perubahan yang dikerjakan oleh beberapa tokoh terbilang dramatis Malaysia, suatu penilaian daripada aspek tertual dan kontekstual serta mengaplikasikan pelbagai teori moden dan pascamodern.


Dengan penerbitan buku ini, khalayak drama dan masyarakat sastera dapat menyaksikan perjalanan, arah dan pemikiran genre drama tanah air. Di samping menjadi bahan bacaan dan renungan, buku ini juga menjadi rujuk an kepada peminat dan pengamal drama dan teater bagi menjana sejarah yang lebih gemilang.


Mana Sikana, satu nama yang mapan dalam penulisan genre drama dan teater. Beliau juga merupakan penulis drama, cerpen, novel, esei dan kritikan sastera serta teori sastera. Beliau adalah pencipta teori taabudiyah dan teks dealisme.

No reviews found