[DBP] DARI PENJURU SOFA.Oleh Zaini Ujang. K/K [RAK 59]

Write a review
RM70.00
Ask a question
Price in points: 70 points
In stock
+

“Kumpulan puisi Dari Penjuru Sofa, ada kelainan yang dapat dirasakan daripada puisi biasa. Penulisnya mantan ahli akademik tersohor, pernah menjadi Naib Canselor termuda dalam sejarah universiti awam di Malaysia, dan menerima pelbagai anugerah berprestij. Penerbitan kumpulan puisi ini menunjukkan, pegawai tadbir juga berjiwa puitis dan kritis.”


Demikian ulasan yang diutarakan oleh Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) terhadap kelahiran kumpulan puisi nukilan Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Malaysia.


Meski bergelar “orang menteri”, namun masyarakat seharusnya akur bahawa Zaini Ujang telah membawa satu anjakan paradigma terhadap tanggapan masyarakat yang sering memandang puisi sebagai sesuatu yang melankolik. Sedangkan puisi pada hakikatnya perlu dipandang sebagai salah satu ekspresi kisah-kisah kehidupan yang perlu diketahui oleh rakyat.


Penglibatan beliau dalam dunia akademik yang telah menulis lebih daripada 300 artikel ilmiah tidak dapat mencapai kepuasan sanubarinya. Demikian hal ini kerana penulisan akademik bukan dapat dibaca oleh orang awam. Hal ini telah mengurangkan tempo gerak kerja beliau untuk membuat perubahan kefahaman terhadap pelestarian alam sekitar. Justeru, puisi dijadikan sebagai wahana untuk memenuhi hasrat tersebut.


Dari Penjuru Sofa ialah hasil karya yang tercetus sewaktu musim Pandemik COVID-19. Bercerita tentang proses kreatif penulisan sajak tersebut, di penjuru sofa ialah tempat beliau berkarya secara bersendirian. Di situlah banyak sajak dihasilkan. Kurang lebih 10 jam masa telah digunakan untuk membaca dan menyiapkan tugasan, sambil minum kopi dan adakala tertidur di situ. Banyak rahsia tersimpan di penjuru sofa yang merakam detik-detik penghasilan puisi tersebut, maka turut diangkat sebagai judul buku.

No reviews found