Buku ini ialah karya adaptasi daripada trilogi novel "Dari Lembah ke Coolibah", "Qelas Asih Merengkuh Tajali" dan "Menyucikan Perselingkuhan" oleh Titis Basino P.I. dan diterbitkan oleh PT Gramedia Widiasarana Indonesia. Penerima Hadiah Sastera MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara).
"... Gendung Manggala Wanabhakti berhiaskan janur yang memberi aroma syahdu dan bercampur harumnya melati berhampuran di semua hidung para undangan yang datang dengan mobil buatan Jerman dan ada pula naik jip dan bas mini, tetapi itu hanya segerombolan saudara mempelai yang datang daripada dusun. Gemerlap berlian bermalsud mengacu semua pemakainya menjadi manusia tua berkulit kisur agak nampak menjadi seorang yang remaja belasan tahun, tetapi itu hanya perasaan pemakai, tidak seperti nampaknya mereka tetap seperti nenek sihir yang memakai berbagai jimat untuk membantu kekuatannya berdoa. Bibir tuanya mencebir ke sana sini untuk memberi salam pada teman golfnya, tadi siang. Juga, bapak mendampingnya yang berasa kesal melihat isteri mereka bertingkah memalukan dan tidak pantas itu, diam sahaja tidak berani menegur, kerana rahsianya yang ada di tanganku juga merupakan sebuah bencana bagi ketenteraman rumah tangga dan nama baiknya selama berselingkuh di wismaku..."
No reviews found