Rasyidah pelajar 17 tahun, setelah memenangi peraduan menulis cerpen, menjadi tumpuan minat pelajar lelaki. Shahriman yang menghulurkan silatruahim mendapat sambutan Rasyidah. Bersama-sama Roslan dan Atikah mereka menubuhkan study group. Di samping itu Cikgu Mustakim juga berminat kepadanya. Manakala Cikgu Rosman sentiasa cemburu. Masing-masing mempunyai tujuan dan alasan dan Maznah pula dengki kepadanya. Pergolakan pun berlaku yang banyak menekan perasaan Rasyidah. Di rumah pula, Rasyidah menghadapi masalah dengan keluarga. Di sekolah lain pula halnya. Maka itu Rasyidah benci ke sekolah dan benci juga berada di rumah. Lantas ke mana dia? Inilah sebuah cerita yang menarik, untuk remaja, khususnya yang di bangku sekolah. Konflik Rasyidah gambaran konfik anda, suka duka Rasyidah adalah suka duka anda. Anda boleh turut berkongsi perjalanan seoang remaja yang romantis, lembut tetapi berhemah tinggi
No reviews found