Penerbitan Cinta Sekerdip Embun (Antologi Cerpen Pemenang Hadiah Sastera Perdana 1996-2005) merupakan salah sebuah himpunan yang penting bagi genre cerpen pilihan di Malaysia. Hal ini demikian kerana cerpen-cerpen dalam antologi ini bukan sahaja merupakan pemenang Hadiah Sastera Perdana, iaitu hadiah nasioanl paling berprestij dalam bidang sastera, tetapi juga kerana mengangkat cerpen-cerpen terbaik sepanjang satu dekad.
Dekad itu pula amatlah menarik, kerana lima tahun pertamanya berada dalam kurun ke-20, sementara lima tahun berikutnya berada dalam alaf baru, yakni kurun ke-21. Antologi ini sewajarnya turut dibaca oleh para pendidik, para pelajar, para mahasiswa, orang awam dan para penulis kreatif yang ingin memperluas pengetahuan mereka terhadap cerpen sebagai karya seni, serta kandungannya sebagai sesuatu yang berdimensi epistemologi, pedadogi, etika dan estetika.
No reviews found