Semenanjung Malaysia kaya dengan spesies buah-buahan, kebanyakannya berasal dari negara ini sendiri, tetapi sebahagiannya telah diperkenalkan dari negara lain. Sebanyak 17 spesies telah dikenal pasti sebagai buah-buahan utama, iaitu buah-buahan yang berpotensi sama ada untuk pasaran tempatan atau eskport. Buah-buahan utama telah dikenali ramai dan ditanam di peringkat komersial. Buah-buahan yang lain dianggap sebagai buah-buah nadir, iaitu buah-buahan yang potensinya belum diteroka sepenuhnya.
Buku ini bertujuan memperkenalkan 44 spesies buah-buahan nadir. Ciri-ciri morfologi diterangkan dengan bantuan gambar, ilustrasi dan glosari istilah. Pengalaman penulis yang agak luas dalam bidang ini, dibantu dengan bahan rujukan yang ada membolehkan maklumat tentang buah-buahan ini ditulis dengan lebih tersusun dan terperinci.
Diharapkan buku, ini berguna sebagai rujukan khususnya kepada penuntut di pusat pengajian tinggi dan umumnya kepada para peminat dan pencinta alam tumbuhan.
Penulis bukü ini, Rukayah Aman pada masa ini berkhidmat di Ibu Pejabat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Serdang sebagai Pegawai Penyelidik di Bahagian Penyelidikan Buah-buahan. Beliau dilahirkan pada 15 Julai 1950 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kg. Gelam dan Sekolah Tun Tijah, Melaka. Selepas itu beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dan mendapat ijazah B.Sc. (Hons.) dalam bidang Botani pada tahun 1974 dan M.Sc. dalam bidang Fisiologi Tanaman di Universitiy of Reading United Kingdom pada tahun 1977. Beliau menjalankan penyelidikan di MARDI
kebanyakannya dalam bidang fisiologi tanaman nanas, mangga dan manggis.
Selain itu, beliau terlibat dalam pengumpulan spesies buah-buahan nadir.
No reviews found